aen
Mini akuarium saya
Ini ialah projek mini akuarium saya untuk murid prasekolah 6 tahun. Murid belajar tentang hidupan yang hidup di dalam air.
Murid diminta menghasilkan akuarium mengikut kreativiti masing-masing. Murid bersama ahli keluarga menghasilkan hasil kerja kreatif mereka. dalam masa yang sama boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Mereka akan berasa lebih seronok dapat melakukan aktiviti ini di rumah bersama keluarga.
Aktiviti ini dapat membentuk pelajar yang kreatif dan bijak. Mereka lebih faham apa haiwan yang tinggal di dalam air. Mereka akan lebih mengenali nama-nama haiwan yang tinggal di dalam air dan membezakan jenis-jenis mereka. Mereka dapat lihat dengan lebih jelas hidupan yang berada di dalam air dan tinggal di dalam laut. Mereka akan menghayati apa itu hidupan air.